JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini kembali menurun apabila mencatatkan 2,511 orang di 33 pusat pemindahan sementara (PPS) pada jam 8 pagi Ahad.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Azmi Rohani berkata, jumlah mangsa banjir berkenaan melibatkan 697 keluarga dari tujuh daerah iaitu di Mersing, Kluang, Kota Tinggi, Batu Pahat, Segamat, Tangkak dan Muar.
Beliau memberitahu, jumlah berkenaan menunjukkan penurunan berbanding 3,480 mangsa banjir daripada 960 keluarga di 35 PPS pada jam 8 pagi Sabtu.
"Mangsa banjir paling ramai ketika ini adalah di Mersing melibatkan 836 orang daripada 224 keluarga yang ditempatkan di tujuh PPS diikuti Batu Pahat menempatkan 694 orang daripada 194 keluarga di tujuh PPS.
"Kluang pula menjadi daerah ketiga paling ramai mangsa banjir iaitu 422 orang daripada 117 keluarga di tiga PPS manakala di Kota Tinggi seramai 416 orang daripada 104 keluarga ditempatkan di lapan PPS," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
LAMAN KHAS BANJIR
Sementara di Segamat pula mencatatkan mangsa banjir paling ramai, kini hanya tinggal 123 orang daripada 34 keluarga di enam PPS dan di Tangkak pula mempunyai 15 orang daripada tiga keluarga di satu PPS.
"Di Muar pula jumlah mangsa banjir masih sama seperti semalam yang menempatkan lima orang daripada 194 keluarga di sebuah PPS," ujar beliau.
Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memberitahu, Jalan Tanah Abang dan selekoh pertama Tanah Abang di Mersing ditutup untuk semua kenderaan kerana paras air semakin naik dan mencecah 1 meter.
Katanya, Jalan Mawai Lama di Kota Tinggi masih lagi dibuka untuk kenderaan berat sahaja kerana air naik setinggi 0.35 meter.
Bagi Jalan Putting dan kawasan kebun dan Jalan Bekok di Segamat, beliau berkata, kedua-duanya dibuka untuk kenderaan ringan selepas air naik setinggi 0.3 dan 11.2 meter.
Menurutnya, Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau di Kulai masih ditutup untuk semua kenderaan selepas tanah runtuh melibatkan kawasan cerun sehingga 12 meter.
"Jalan Intan di Felda Cahaya Baru dan Jalan Intan di Felda Ulu Tebrau di Johor Bahru juga mengalami tanah runtuh di bahagian cerun tetapi dibuka untuk kenderaan berat dan ringan," katanya
Tambahnya, begitu juga Jalan Kahang Barat, Jalan Kampung Sri Timur dan Jalan Mardi di Kluang mengalami tanah runtuh pada bahagian cerun tetapi masih dibuka untuk kenderaan berat dan ringan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 29 2023
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melakukan pemantauan keadaan banjir di lima buah kampung di Segamat pada Sabtu. -Foto ihsan APM Segamat
Ahmad Zahid ajak rakyat Malaysia beri sokongan kepada pasukan sepak takraw negara
Ahmad Zahid ajak orang ramai sokong pasukan sepak takraw negara yang akan menentang Thailand pada perlawanan akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024, hari ini.
Hipertiroidisme penyakit endokrin kedua sering didiagnosis selepas diabetes di Malaysia
Masalah itu boleh dikenal pasti menerusi gejala seperti kegelisahan, penurunan berat badan, tidak tahan panas dan berpeluh secara berlebihan.
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif sektor swasta - PM Anwar
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif melibatkan sektor swasta, selaras dengan penambahbaikan gaji dan elaun penjawat awam, kata PM.
MB Inc Perak rangkul Pemegang Lesen Terbaik Bahan Radioaktif
Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) menerusi anak syarikatnya, Amanjaya Global Sdn Bhd, diiktiraf sebagai Pemegang Lesen Terbaik untuk Kategori Bahan Radioaktif(Kawalan VI) bagi tahun 2021-2023.
Forum Air Dunia ke-10: Badan PBB gariskan dua acara untuk elak krisis air
ESCAP telah menekankan dua langkah yang boleh membantu memastikan kekurangan air bermusim, kemarau dan bencana berkaitan air tidak bertukar menjadi krisis yang berlarutan.
Kedutaan China lancar lagu khas sempena sambutan jubli emas Malaysia-China
Lagu berdurasi empat minit dan 19 saat itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi kedutaan pada Selasa.
Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
The Pocket Rocket Women mahu menimba ilmu dengan Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berpengalaman.
Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP
Cadangan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.
Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Banjir Perak: Polis sedia kenderaan ambil, hantar pelajar SMK Alor Pongsu
Bantuan itu diberikan kepada 46 pelajar SMK Alor Pongsu yang terkandas susulan jalan dinaiki air dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan.
Banjir: Polis, APM sedia pengangkutan hantar pelajar ke sekolah
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata kesemua pelajar terlibat menaiki lori itu dari Masjid Changkat Lobak untuk ke sekolah berkenaan.
Angka korban akibat banjir di Afghanistan cecah 400 orang
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.
Mangsa banjir di Perak menurun pagi ini, 100 mangsa masih di PPS
Lima pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di dua daerah terjejas iaitu empat di Taiping dan satu di Kuala Kangsar.
Angka kematian akibat bencana alam di Brazil meningkat kepada 151
Dalam tempoh 24 jam lepas, bilangan mangsa yang meninggal dunia telah meningkat dari 149 ke 151 orang.
Tiga daerah di Perak dilanda banjir kilat, 150 mangsa dipindah ke enam PPS
Setakat 8 pagi ini, empat PPS dibuka di daerah Taiping, sebuah di daerah Hilir Perak dan sebuah di daerah Kuala Kangsar.
Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah
Semua mangsa yang dipindahkan melibatkan 31 keluarga iaitu di daerah Kulim dan Bandar Baharu dipindahkan sejak jam 4 pagi tadi.
Banjir kilat: 106 mangsa dipindahkan ke lima PPS di Perak
Seramai 106 mangsa dari 33 keluarga telah ditempatkan di lima PPS di tiga daerah iaitu Hilir Perak, Larut Matang Selama dan Kuala Kangsar.
Angka kematian terus meningkat akibat banjir kilat, aliran lahar dingin
Angka kematian akibat hujan lebat yang mencetuskan banjir kilat dan aliran lahar dingin dari gunung berapi aktif Gunung Marapi meningkat kepada 67 orang di beberapa daerah di Sumatera Barat.
Angka kematian akibat bencana alam terburuk di Brazil meningkat kepada 143
Institut Meteorologi Kebangsaan meramalkan hujan lebat akan berterusan sehingga Isnin di negeri paling selatan Brazil itu.